Ulasan Novel Gerak Gempar

| Saturday, 14 July 2018

Gerak Gempar
Penulis : Norden Mohamed




Sebuah novel aksi rare untuk pembaca rare!
Memang rare! Cerita yang jarang dan susah dijumpai di Malaysia bila melibatkan "bajet besar" dan kerjasama negara2 luar dalam satu cerita.
Fokus cerita pada mulanya pada satu kejadian kapal minyak Malaysia ditawan lanun somalia. This idea sangat2 dan jarang diketengahkan pada pembaca. Salute kat penulis kerana mampu buat kelaianan. Kapal minyak Lancang Kuning yang diterajui oleh syarikat minyak Malaysia Malpetro bekerjasama dengan sebuah negara fiksyen rekaan penulis, negara Kwanza. Di sebalik kehebatan jalinan kerjasama negara Malaysia dengan Kwanza ini ada pihak yang tak puas hati.
Dan fokus utama cerita untuk membebaskan dan menyelamatkan Lancang Kuning semakin teralih kepada sesuatu yang lebih besar sehingga ketua lanun menerima satu dugaan dan pengarah operasi Malpetro diculik dibawa ke darat. Dan misi menyelamatkan Lancang Kuning berubah kepada menyelamatkan pengarah operasi Malpetro!
Ok komen aku pada mulanya aku sangat eksited sebab ni kisah pasal lanun. So aku just imagine peristiwa lanun somalia menawan Lancang Kuning. Tapi perlahan2 ia berubah ke skala yang lebih besar. Its ok sebab setiap bab mempunyai rencah untuk pembaca kekal fokus pada cerita. Gerak Gempar memang satu keterujaan, aksi gempak dan thrilling! Satu penantian untuk penamat trilogi risikan Fariz Zafar yang sangat berbaloi! Salute kat penulis sebab mampu habiskan karya ini dan aku percaya banyak "risikan" maklumat telah dibuat.
*cuma kalau scene tawanan atas laut tu dipanjangkan mungkin aku bertambah suka hehehe.
Overall tidak mengecewakan
3.8/5 ðŸŒŸ
Fadzileo

0 comments:

Post a Comment

Next Prev
▲Top▲