Newest Post

Ulasan Novel Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus

| Saturday 4 August 2018
Read more »

Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus (PWYT)
Penulis : Sahidzan Salleh

Novel kedua Sahidzan Salleh aku baca untuk tahun 2018 (1,2 Jaga bakal menyusul) dan novel pengembaraan masa yang pertama kali aku baca.

No automatic alt text available.

Permulaan kisah dimulai dengan kematian. Kematian yang sebenarnya bukan penghujung sebuah kisah, tapi satu permulaan untuk pengembaraan hidup seterusnya. Kematian seorang jiran Mikael (seorang penulis) yang bakal membawa Mikael ke satu takdir masa menembusi logik akal manusia. 

Pada part 1 novel ni mengingatkan aku pada novel pertama tulisan beliau, Sepuloh Nama dan akan ada scene2 soal siasat yang gempak dan mengkhayalkan! (sejujurnya aku suka cara penulis buat scene soal siasat dalam novel2 dia. Novel2 dia kalau takda soal siasat memang tak sah! 😂) insp Haidar dan Insp Fariz ambik kes pembunuhan Ahmad, jiran sebelah rumah Mikael dan kes ini menurut mereka ada kaitan dengan kes narkotik yang masih di bawah pengawasan 2 polis Jai dan Jeff. Tapi novel ni tak fokus pada penyiasatan cuma pada bahagian pertama dia sahaja dan bahagian akhir.

Cerita ini terus mengkhayalkan bila Mikael bertemu satu demi satu watak termasuk Samad (penerbit buku2 tulisan Mikael) dan Isabel (pemilik kedai buku aneh di kota itu). Hari dilalui Mikael dengan sangat pelik bila banyak benda mengarut dan benda pelik yang Samad juga perasan seperti kewujudan luka di dahi Mikael kejap ada kejap takda, peralihan tempat letaknya kereta milik Mikael dan wang tunai yang Mikael kata nak bagi kat Samad. Semua benda ini seolah satu hari yang dilalui Mikael sebagai seorang short term memori lost! Di sini, penulis bijak bermain teka teki!

Dan lepas tu perjumpaan Mikael dengan Isabel masa dia masuk ke kedai buku aneh itu. Dan... Cerita ini bermula bila dia memasuki kedai aneh itu. Bertemu Isabel si gadis jelita berambut biru dan perigi buta yang terdapat di dalam kedai buku pelik ini. 

Salah satu movie paling mind-fuck aku pernah tengok. juga mengenai time travel paradox. Penulis ada selit sedikit pasa movie ini dalam buku Pada Waktu-waktu Yang Terhapus


Cukup sinopsis sampai di situ. Bagi aku ini novel genius. Walaupun time travel itu memerlukan ukuran fizik tetapi PWYT tak perlu hukum fizik yang banyak macam filem Interstellar. Jalan cerita diimbagi dengan baik oleh watak2 yang mencorakkan cerita ini. Mikael berdiri di atas watak yang direka sebagai watak penuh berputar2. Semakin kau dalami cerita ini semakin minda kau bercelaru berbelit dan berputar seperti watak Mikael ini sendiri. Malah, watal Sagel yang muncul pada bahagian ke2 novel ini pada aku sangat thrill! Saspens dan mengujakan aku untuk terus hanyut dalam cerita ini. 

Setiap susun kata dialog yang dilontarkam watak pada aku sangat bagus. Perfect 10! Seolah watak tu hidup walaupun fiksyen semata sebab lontaran dialog sangat meyakinkan. 

Filem kegemaran aku : the Prestige dengan quote fevret aku. Penulis ada membongkar sesuatu yang aku tidak tahu mengenai movie ini. Are you watching closely?
Isabel - salah satu watak dalam novel ini - pemilik kedai buku pelik di kota itu
Jika anda kurang memahami perjalanan novel ini, anda boleh menonton salah satu filem time travel paradox ini : TimeCrimes


Tapi sejujurnya novel ni agak kurang plot twist. Tak terlalu beri impak pada aku sebab aku boleh agak pasal Jai dan Jeff. Dan aku boleh agak siapa bunuh Ahmad. Tapiiiii... Garapan sang penulis yang menceritakan scene demi scene mampu membuat aku terpesona dan kagum pada penulisannya biarpun aku tau plot twist dia. 

Last, aku nak kata ini novel paradox time. So siap sedia dengan satu kupasan yang melangkau logik akal pada kejadian dalam novel ini! Yang boleh buat kau celaru, berbelit2 dan berputar2 minda tetapi pasti... Ini sebuah novel yang sangat memuaskan dan mengkhayalkan! Sebuah perjalanan takdir masa yang mempersona dan memukau!


So overall, aku suka Isabel si gadis berambut biru. 😂 4.5/5 
🌟

Ulasan Novel Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus

Posted by : Firdaus_Fadzileo
Date :Saturday 4 August 2018
With 0comments

Lagu Terbaik Malaysia (Setakat Julai 2018) Pilihan Fadzileo

| Wednesday 1 August 2018
Read more »

TOP 10 LAGU TERBAIK MALAYSIA 2018 (SETAKAT JULAI 2018)



1. Sampai Bila - Misha Omar



2. Misteri - Ernie Zakri


3. Tak Pernah Hilang - Amylea ft Kaer


4. Terkemuka - Benzooloo ft Sandra & Zizi Kirana


5. Nama yang Kau Lupa - Search


6. Takdir -Dayang Nurfaizah



7. Ocean - Njwa


8. Bercanda Di Malam Indah - Kugiran Masdo


9. Selamat Tinggal Sayang - Haqiem Rusli


10. Sampai Jadi - Joe Flizzow ft Aliff



Honorable Mention:

1. Haram - Hael Husaini ft Dayang Nurfaizah
2. Ganti Diriku - Idayu
3. Apa Pun Tak Boleh - Bunkface ft Datuk JeffryDin & Caprice
4. Bunga - Altimet
5. Buta - Azmi Caliph Buskers
6. Gong Nekara - Kmy Kmo ft Luca Sickta
7. Semakin - Siti Sarah
8. Zinnirah - UNIC (versi baru)

Lagu Terbaik Malaysia (Setakat Julai 2018) Pilihan Fadzileo

Posted by : Firdaus_Fadzileo
Date :Wednesday 1 August 2018
With 0comments

Ulasan Novel Gerak Gempar

| Saturday 14 July 2018
Read more »

Gerak Gempar
Penulis : Norden Mohamed




Sebuah novel aksi rare untuk pembaca rare!
Memang rare! Cerita yang jarang dan susah dijumpai di Malaysia bila melibatkan "bajet besar" dan kerjasama negara2 luar dalam satu cerita.
Fokus cerita pada mulanya pada satu kejadian kapal minyak Malaysia ditawan lanun somalia. This idea sangat2 dan jarang diketengahkan pada pembaca. Salute kat penulis kerana mampu buat kelaianan. Kapal minyak Lancang Kuning yang diterajui oleh syarikat minyak Malaysia Malpetro bekerjasama dengan sebuah negara fiksyen rekaan penulis, negara Kwanza. Di sebalik kehebatan jalinan kerjasama negara Malaysia dengan Kwanza ini ada pihak yang tak puas hati.
Dan fokus utama cerita untuk membebaskan dan menyelamatkan Lancang Kuning semakin teralih kepada sesuatu yang lebih besar sehingga ketua lanun menerima satu dugaan dan pengarah operasi Malpetro diculik dibawa ke darat. Dan misi menyelamatkan Lancang Kuning berubah kepada menyelamatkan pengarah operasi Malpetro!
Ok komen aku pada mulanya aku sangat eksited sebab ni kisah pasal lanun. So aku just imagine peristiwa lanun somalia menawan Lancang Kuning. Tapi perlahan2 ia berubah ke skala yang lebih besar. Its ok sebab setiap bab mempunyai rencah untuk pembaca kekal fokus pada cerita. Gerak Gempar memang satu keterujaan, aksi gempak dan thrilling! Satu penantian untuk penamat trilogi risikan Fariz Zafar yang sangat berbaloi! Salute kat penulis sebab mampu habiskan karya ini dan aku percaya banyak "risikan" maklumat telah dibuat.
*cuma kalau scene tawanan atas laut tu dipanjangkan mungkin aku bertambah suka hehehe.
Overall tidak mengecewakan
3.8/5 🌟
Fadzileo

Ulasan Novel Gerak Gempar

Posted by : Firdaus_Fadzileo
Date :Saturday 14 July 2018
With 0comments

Ulasan Novel Mens Rea

|
Read more »

Mens Rea Penulis : Fazrin Jamal




Antara buku lejen press terbaik aku pernah baca setakat ini selepas Sepuloh Nama, Tiga Titik dan Skizo. Crime misteri thriller yang diadun dengan sangat kemas!
Mengisahkan tentang pembunuhan kejam di sebuah rumah yang akhirnya menjuruskan anak mangsa sendiri menjadi tertuduh melakukan pembunuhan - Seorang remaja berumur 16 tahun!
Tak boleh cerita panjang2 sinopsis novel ni sebab novel ni straight to the point - mudah faham. Fokus kita cuma 2 pada persoalan siapa sebenarnya pembunuh? Dan di mana hilangnya adik Sarah, Aisyah selepas pembunuhan itu.
Plot tersusun sangat kemas. Tutur dialog setiap watak dilontarkan dengan profesional berdasarkan watak. Perkembangan dan back story watak diolah dengan sempurna. Seumpama sebuah karya yang flawless (dari segi jalan cerita) walaupun ini karya pertama penulis.
Aku sangat suka olahan setiap pov mengikut watak. Jadi kita akan dihidangkan dengan watak "aku" yang berbeza-beza - bukan hanya menjurus kepada watak utama. Dan aku suka cara ini. Satu lagi aku suka adalah bagaimana penulis menceritakan back story setiap watak sangat mengujakan aku untuk mengenali dan memahami jiwa watak yang menimbulkan pelbagai emosi kepada pembaca.
Watak utama yang terlibat seperti Sarah(tertuduh), Aisyah (adik), Rosnah (ibu-mangsa pertama), Baharom (bapa tiri-mangsa kedua) dan Fadhil (bapa kandung). Aku sangat suka bila penulis buat pov pada setiap watak2 ini - Simpati pada watak Sarah dan Aisyah. Dan geram benci pada watak Rosnah dan Baharom.
Selain perkembangan watak dan olahan cerita yang mudah untuk faham, aku puji pada setiap detail2 saintifik termasuk maklumat2 seperti perubatan dan undang2. Ia bukan sebuah cerita kosong yang hanya disulam jalan cerita terbaik tapi pelbagai rencah informasi yang membuat pembaca rasa teruja! Scene bedah siasat sangat terperinci contohnya. Banyak term2 forensik ditemui dalam karya ini. Detail2 ini mampu buat aku seolah2 masuk ke dalam scene tersebut dan aku sedang lakukan bedah siasat terhadap Rosnah di depan mata. Termasuk scene dalam makhamah. Scene dalam makhamah adalah yang paling aku suka. Bagaimana pendakwaraya ingin menjerat Sarah sebagai tertuduh dan paling menarik bagaimana peguam bela bermain teori dan bagaimana peguam bela defen tertuduh sangat mengagumkan. [aku harap banyak lagi karya2 memaparkan scene sebegini suatu hari nanti]
Plot twist novel ni aku rasa bukan sekali. Penulis berjaya tipu aku dengan statement2 awal yang logika terhadap kes. Tapi semua itu tipu belaka! Dan si pembunuh sebenar, aku puji beliau sebab sangat genius memperdaya pihak polis. Mula2 ohh kau la pembunuh.. Tapi next chapter arghhh kau penipu!
Yang paling penting buku ni... Emosi aku sampai. My cup of tea 🍵.
So aku bagi 4.2/5🌟

Ulasan Novel Mens Rea

Posted by : Firdaus_Fadzileo
Date :
With 0comments

Balachi - Bedah Novel Sahidzan Salleh

| Thursday 12 July 2018
Read more »

Balachi 
Penulis : Sahidzan Salleh

(Spoiler Alert : *ini bukan review movie, ini bedah novel)
First of all, tulisan Sahidzan Salleh seperti biasa... Aku syak dia letak dadah dalam setiap karya dia, termasuk Balachi.
Balachi mengisahkan mengenai seorang lelaki (si pencerita) yang tak dimention nama dia merupakan seorang balachi bos dia, Tuan Badrul (beza umur dia dengan si pencerita tak jauh - fakta ini sangat penting). Tuan Badrul ni orang kaya yang ada KLBC dan kira berpengaruh. Kisahnya bermula bila si pencerita (watak utama) ditugaskan oleh Tuan Badrul untuk menyiasat siapa bapa anak kandungan Monalisa, reporter dan bekas pekerja KLBC di bawah Tuan Badrul juga. Tugas yang mudah. Siasat siapa bapa anak dalam kandungan Monalisa. Tapi, bro Sahidzan Salleh gunakan kepakaran dia dengan unknown dadah untuk mengolah cerita ini dengan baik dan teliti.
Dalam pada dia menyiasat, muncul watak2 sekeliling dia menghiasi plotline Balachi. Mokthar - bekas kawan si pencerita yang menurut si pencerita melalui imbas kembali dia telah dituduh merampas awek kawan dia. Dia juga dituduh mencuri kereta saga lama milik Mokhtar. Pada masa yang sama muncul pula Sheila, ex-gf kawan si pencerita, Mokhtar. Perkenalan dan pertemuan dengan Sheila menyebabkan banyak benda mengenai Mokhtar terbongkar terutama sekali mengenai Mokthar seorang pemuisi.
Pada masa yang sama juga, si pencerita ditemukan dengan sekumpulan kelompok pemberontak kerajaan yang bernama geng Pemuisi Bawah Tanah. Geng Pemuisi bawah tanah yang mengangungkan karya2 puisi Mokhtar seolah2 Mokhtar itu tuhan. Geng Pemuisi bawah tanah ini kalau kau fokus kat storyline, dia adalah geng kucing yang telah merompak satu kedai fast food di KL. Fakta mengenai geng kucing ini juga penting. Pasal kenapa geng kucing merompak sebuah restoren fast food. Kumpulan ini adalah simbolik "pemberontakan rakyat" dan ketidakpuasan hati puak2 di negeri Seludang yang. Kira macam S4S yang nak keluar dari Malaysia sebab tak puas hati dengan pemerintahan kerajaan persekutuan.
Benda2 ini akan mengiringi cerita si pencerita sepanjang pbacaan anda. Pasal kenapa sheila nak rapat dengan si pencerita. Pasal Mokhtar yang penuh tanda tanya. Pasal rahsia pemuisi bawah tanah yang agung2kan puisi tulisan Mokhtar. Pasal politik dan isu2 politik. Pasal kemerepekan (merepek) yang menjadi salah satu kekuatan cerita ini.
Tapi mostly cerita ni pasal politik. Bagi aku, apa yang penting kau perlu fokus! Fokus! Dan fokus pada setiap scene dan setiap dialog. Sebab every scene is not benda yang buang masa, walaupun kadang2 merepek tapi ada kunci di dalam scene2 tertentu. Contohnya pasal hujan toksik yang dipercayai kalau terkena hujan itu akan menyebabkan kita jadi ikan. Relevan persoalan kebenaran mengenai perkara ini dijawab dengan baik oleh tuan penulis di hujung cerita.
Dan persoalan mengenai Mokthar itu siapa dijawab dengan ringkas di akhir cerita. So perlu fokus.
Aku suka garapan cerita ini. Aku suka persoalan yang timbul dalam cerita ini. Aku suka falsafah cerita ini. Banyak teori2 timbulbmasa aku baca novel no. Dan aku akui ini heavy novel.
Tapi satu aku nak pesan. It is better if kau tengok movie berjudul Fight Club lakonan brad pitt supaya kau ada bayangan mudah untuk hadam cerita ini.
Aku suka Balachi.
Jadi aku bagi 4 🌟 daripada 5 bintang.

Tahniah buat penulis dan semoga terus menghasilkam karya2 sperti ini (delirium, balachi, sepuloh nama) i am admire your works your karya 
Sekian ulasan yang panjang lebar ini.
Fadzileo 📚📑📒📖📝

Balachi - Bedah Novel Sahidzan Salleh

Posted by : Firdaus_Fadzileo
Date :Thursday 12 July 2018
With 0comments

Top 10 film

| Wednesday 27 April 2016
Read more »
Hai Gaiss... maybe i forgot to tell that i'am are Osys student and have finished one semester. Now, I have proceed to semester 2 during my degree.

I want to share the top 10 movies that i haven't watch during my semester break.
i love movies



top 10 movies
[1]. Bajrangi Bhaijaan
Even i'am not interested with hindustan movies, but this film make me proud of Bollywood film. I respect this film because of the values that this movies bring to audience.

[2]. Mad Max : Fury Road
Crazy action! Only this word I can share about this film. 

[3]. The Revenant
No wonder Leonardo DiCaprio won best actor in oscar because of his performance from this amazing cinematic film. Beside cinematic, this film are unique because different from other film i have seen.

[4]. Room
Seriously, this is the first film that make my tears men spell out! This film is more sad than Titanic because i can feel the character.

[5]. SICARIO
I think this is one of the masterpiece thriller film for 2015. The curiosity tend me to proceed my watching and the thrilling is so amazing!

[6]. Maze Runner Scorch Trials
As usual like the first film of maze runner franchise, this film is very suspense.

[7]. Joker Game
Maybe because I very addicted to Detective Conan anime, so this film bring me to investigation world.

[8]. Before I go To Sleep 
The curiosity when you watch this moves is the reason why this film are one of the best thrilling film. And i like the twist for this film.

[9]. Bridges of Spies
This movies give me some inspiration. Tom Hanks do the best performance for this bombastic movies.

[10]. The Martian
How you can live with the world without oxygen same as Earth? So... This movies is wonderful crazy!



Top 10 film

Posted by : Firdaus_Fadzileo
Date :Wednesday 27 April 2016
With 5comments

My Top 7 Christopher Nolan movies

| Monday 25 April 2016
Read more »




TOP 7 CHRISTOPHER NOLAN MOVIES ALL THE TIMES :






(1) Interstellar

Why Interstellar are the number 1 in my choice? This is because this is one (maybe the only one) science fiction that was very amazing and bombastic. This film release in 2014 and I am confident that this is the best film of the year. For me, Interstellar is one of the epic science fiction from Christopher Nolan. Commonly, he will puts many physiology script. And from Interstellar, he prove that his film was the best of that from many side of performance. Interstellar is the only one of the unic film. The crazy theory from the character was awesome. This theory will attract audiences who are the thinker when watching a film. Besides, the plot of the story was very intelligent in overall works. As usual, Christopher Nolan will put twisted-plot from his film. Interstellar was the one of success twistted-plot film by him.
If you want to know what type of twist this film shown, you must watch it!  
(2) The Dark Knight

Joker is one of the reason why I loved this movie very-very much. This film is continued from Batman Begins. So far, Batman is my favourite superhero. This is because Batman do not have a power but he can help people based on what he have. From Christopher Nolan "Batman version", I was very respect with his works when he callobrating  with Hans Zimmer to produce an powerfull score music or sound effect toward this film.

(3) Inception

Dreamworld. This is the main point for this bombastic movies. 
"Inception" is an excellent and breathtaking movie that may be one of the only films released so far during the Summer of 2010 that lives up to its hype. It is a nearly perfect and highly original film that holds your attention until the credits roll. The less you know about this movie going in, the more you will be entranced by seeing it.
(4) Memento
"Memento" is still a unique mystery thriller. It is a tantalizing experience we do not often come across at the movies. For audiences who like to sit back and relax, this film is a waste of time. It requires us to follow along, participate, fit puzzle pieces together-"Memento" doesn't provide any easy or obvious answers. All but the most intelligent and thoughtful kids will not be able to follow this film; it is intended for adult audiences. "Memento" is one of the year's most challenging movies, not to be missed if you are looking for something clever and original.

(5) Batman Begins
Enter Christopher Nolan, the mastermind behind 2000's 'Momento', widely praised as one of the most innovative films of the decade. As director/co- screenwriter, Nolan creates a richly dark, atmospheric world for Batman to inhabit, similar to that of the Burton films, but less cartoony. The film's screenplay, written by Nolan and David S. Goyer is quality stuff, it's true that some of the dialog exchanges can seem kind of contrived, particularly between Wayne and Liam Neeson's character, Ducard, but it sounds so classy you tend not to care. 
(6) The Dark Knight Rises

The Dark Knight Rises give audiences nearly three hours of pure excitement, for me i wanted it to continue for another three hours, the film was so good i had to watch the next day because it had every element of what makes a good batman film, such as the villain (bane) because he was the physical match for batman not like the other phenomenal batman films which was more psychotic villains. a good love story that doesn't bore the audience and a great ending. 

(7) Insomnia 

Christopher Nolan succeeds once again at mastering a suspenseful script into a truly superb film. Nolan (Memento) creates a complex and carefully construed tale that has plenty of intentional misdirection that is quite convincing.


My Top 7 Christopher Nolan movies

Posted by : Firdaus_Fadzileo
Date :Monday 25 April 2016
With 0comments
Prev
▲Top▲