Newest Post

Ulasan Novel Gerak Gempar

| Saturday, 14 July 2018
Read more »

Gerak Gempar
Penulis : Norden Mohamed




Sebuah novel aksi rare untuk pembaca rare!
Memang rare! Cerita yang jarang dan susah dijumpai di Malaysia bila melibatkan "bajet besar" dan kerjasama negara2 luar dalam satu cerita.
Fokus cerita pada mulanya pada satu kejadian kapal minyak Malaysia ditawan lanun somalia. This idea sangat2 dan jarang diketengahkan pada pembaca. Salute kat penulis kerana mampu buat kelaianan. Kapal minyak Lancang Kuning yang diterajui oleh syarikat minyak Malaysia Malpetro bekerjasama dengan sebuah negara fiksyen rekaan penulis, negara Kwanza. Di sebalik kehebatan jalinan kerjasama negara Malaysia dengan Kwanza ini ada pihak yang tak puas hati.
Dan fokus utama cerita untuk membebaskan dan menyelamatkan Lancang Kuning semakin teralih kepada sesuatu yang lebih besar sehingga ketua lanun menerima satu dugaan dan pengarah operasi Malpetro diculik dibawa ke darat. Dan misi menyelamatkan Lancang Kuning berubah kepada menyelamatkan pengarah operasi Malpetro!
Ok komen aku pada mulanya aku sangat eksited sebab ni kisah pasal lanun. So aku just imagine peristiwa lanun somalia menawan Lancang Kuning. Tapi perlahan2 ia berubah ke skala yang lebih besar. Its ok sebab setiap bab mempunyai rencah untuk pembaca kekal fokus pada cerita. Gerak Gempar memang satu keterujaan, aksi gempak dan thrilling! Satu penantian untuk penamat trilogi risikan Fariz Zafar yang sangat berbaloi! Salute kat penulis sebab mampu habiskan karya ini dan aku percaya banyak "risikan" maklumat telah dibuat.
*cuma kalau scene tawanan atas laut tu dipanjangkan mungkin aku bertambah suka hehehe.
Overall tidak mengecewakan
3.8/5 🌟
Fadzileo

Ulasan Novel Gerak Gempar

Posted by : Firdaus_Fadzileo
Date :Saturday, 14 July 2018
With 0comments

Ulasan Novel Mens Rea

|
Read more »

Mens Rea Penulis : Fazrin Jamal




Antara buku lejen press terbaik aku pernah baca setakat ini selepas Sepuloh Nama, Tiga Titik dan Skizo. Crime misteri thriller yang diadun dengan sangat kemas!
Mengisahkan tentang pembunuhan kejam di sebuah rumah yang akhirnya menjuruskan anak mangsa sendiri menjadi tertuduh melakukan pembunuhan - Seorang remaja berumur 16 tahun!
Tak boleh cerita panjang2 sinopsis novel ni sebab novel ni straight to the point - mudah faham. Fokus kita cuma 2 pada persoalan siapa sebenarnya pembunuh? Dan di mana hilangnya adik Sarah, Aisyah selepas pembunuhan itu.
Plot tersusun sangat kemas. Tutur dialog setiap watak dilontarkan dengan profesional berdasarkan watak. Perkembangan dan back story watak diolah dengan sempurna. Seumpama sebuah karya yang flawless (dari segi jalan cerita) walaupun ini karya pertama penulis.
Aku sangat suka olahan setiap pov mengikut watak. Jadi kita akan dihidangkan dengan watak "aku" yang berbeza-beza - bukan hanya menjurus kepada watak utama. Dan aku suka cara ini. Satu lagi aku suka adalah bagaimana penulis menceritakan back story setiap watak sangat mengujakan aku untuk mengenali dan memahami jiwa watak yang menimbulkan pelbagai emosi kepada pembaca.
Watak utama yang terlibat seperti Sarah(tertuduh), Aisyah (adik), Rosnah (ibu-mangsa pertama), Baharom (bapa tiri-mangsa kedua) dan Fadhil (bapa kandung). Aku sangat suka bila penulis buat pov pada setiap watak2 ini - Simpati pada watak Sarah dan Aisyah. Dan geram benci pada watak Rosnah dan Baharom.
Selain perkembangan watak dan olahan cerita yang mudah untuk faham, aku puji pada setiap detail2 saintifik termasuk maklumat2 seperti perubatan dan undang2. Ia bukan sebuah cerita kosong yang hanya disulam jalan cerita terbaik tapi pelbagai rencah informasi yang membuat pembaca rasa teruja! Scene bedah siasat sangat terperinci contohnya. Banyak term2 forensik ditemui dalam karya ini. Detail2 ini mampu buat aku seolah2 masuk ke dalam scene tersebut dan aku sedang lakukan bedah siasat terhadap Rosnah di depan mata. Termasuk scene dalam makhamah. Scene dalam makhamah adalah yang paling aku suka. Bagaimana pendakwaraya ingin menjerat Sarah sebagai tertuduh dan paling menarik bagaimana peguam bela bermain teori dan bagaimana peguam bela defen tertuduh sangat mengagumkan. [aku harap banyak lagi karya2 memaparkan scene sebegini suatu hari nanti]
Plot twist novel ni aku rasa bukan sekali. Penulis berjaya tipu aku dengan statement2 awal yang logika terhadap kes. Tapi semua itu tipu belaka! Dan si pembunuh sebenar, aku puji beliau sebab sangat genius memperdaya pihak polis. Mula2 ohh kau la pembunuh.. Tapi next chapter arghhh kau penipu!
Yang paling penting buku ni... Emosi aku sampai. My cup of tea 🍵.
So aku bagi 4.2/5🌟

Ulasan Novel Mens Rea

Posted by : Firdaus_Fadzileo
Date :
With 0comments

Balachi - Bedah Novel Sahidzan Salleh

| Thursday, 12 July 2018
Read more »

Balachi 
Penulis : Sahidzan Salleh

(Spoiler Alert : *ini bukan review movie, ini bedah novel)
First of all, tulisan Sahidzan Salleh seperti biasa... Aku syak dia letak dadah dalam setiap karya dia, termasuk Balachi.
Balachi mengisahkan mengenai seorang lelaki (si pencerita) yang tak dimention nama dia merupakan seorang balachi bos dia, Tuan Badrul (beza umur dia dengan si pencerita tak jauh - fakta ini sangat penting). Tuan Badrul ni orang kaya yang ada KLBC dan kira berpengaruh. Kisahnya bermula bila si pencerita (watak utama) ditugaskan oleh Tuan Badrul untuk menyiasat siapa bapa anak kandungan Monalisa, reporter dan bekas pekerja KLBC di bawah Tuan Badrul juga. Tugas yang mudah. Siasat siapa bapa anak dalam kandungan Monalisa. Tapi, bro Sahidzan Salleh gunakan kepakaran dia dengan unknown dadah untuk mengolah cerita ini dengan baik dan teliti.
Dalam pada dia menyiasat, muncul watak2 sekeliling dia menghiasi plotline Balachi. Mokthar - bekas kawan si pencerita yang menurut si pencerita melalui imbas kembali dia telah dituduh merampas awek kawan dia. Dia juga dituduh mencuri kereta saga lama milik Mokhtar. Pada masa yang sama muncul pula Sheila, ex-gf kawan si pencerita, Mokhtar. Perkenalan dan pertemuan dengan Sheila menyebabkan banyak benda mengenai Mokhtar terbongkar terutama sekali mengenai Mokthar seorang pemuisi.
Pada masa yang sama juga, si pencerita ditemukan dengan sekumpulan kelompok pemberontak kerajaan yang bernama geng Pemuisi Bawah Tanah. Geng Pemuisi bawah tanah yang mengangungkan karya2 puisi Mokhtar seolah2 Mokhtar itu tuhan. Geng Pemuisi bawah tanah ini kalau kau fokus kat storyline, dia adalah geng kucing yang telah merompak satu kedai fast food di KL. Fakta mengenai geng kucing ini juga penting. Pasal kenapa geng kucing merompak sebuah restoren fast food. Kumpulan ini adalah simbolik "pemberontakan rakyat" dan ketidakpuasan hati puak2 di negeri Seludang yang. Kira macam S4S yang nak keluar dari Malaysia sebab tak puas hati dengan pemerintahan kerajaan persekutuan.
Benda2 ini akan mengiringi cerita si pencerita sepanjang pbacaan anda. Pasal kenapa sheila nak rapat dengan si pencerita. Pasal Mokhtar yang penuh tanda tanya. Pasal rahsia pemuisi bawah tanah yang agung2kan puisi tulisan Mokhtar. Pasal politik dan isu2 politik. Pasal kemerepekan (merepek) yang menjadi salah satu kekuatan cerita ini.
Tapi mostly cerita ni pasal politik. Bagi aku, apa yang penting kau perlu fokus! Fokus! Dan fokus pada setiap scene dan setiap dialog. Sebab every scene is not benda yang buang masa, walaupun kadang2 merepek tapi ada kunci di dalam scene2 tertentu. Contohnya pasal hujan toksik yang dipercayai kalau terkena hujan itu akan menyebabkan kita jadi ikan. Relevan persoalan kebenaran mengenai perkara ini dijawab dengan baik oleh tuan penulis di hujung cerita.
Dan persoalan mengenai Mokthar itu siapa dijawab dengan ringkas di akhir cerita. So perlu fokus.
Aku suka garapan cerita ini. Aku suka persoalan yang timbul dalam cerita ini. Aku suka falsafah cerita ini. Banyak teori2 timbulbmasa aku baca novel no. Dan aku akui ini heavy novel.
Tapi satu aku nak pesan. It is better if kau tengok movie berjudul Fight Club lakonan brad pitt supaya kau ada bayangan mudah untuk hadam cerita ini.
Aku suka Balachi.
Jadi aku bagi 4 🌟 daripada 5 bintang.

Tahniah buat penulis dan semoga terus menghasilkam karya2 sperti ini (delirium, balachi, sepuloh nama) i am admire your works your karya 
Sekian ulasan yang panjang lebar ini.
Fadzileo 📚📑📒📖📝

Balachi - Bedah Novel Sahidzan Salleh

Posted by : Firdaus_Fadzileo
Date :Thursday, 12 July 2018
With 0comments
Next Prev
▲Top▲